Friday 2 March 2018

AboUt Me...

Assalamualaikum... JoM keNaLI DiRi sAyA... Nama saya Noriza bt Abdullah, anak kelima dari enam adik beradik. Dilahirkan pada 9 Februari dan merupakan anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang Kelantan Darul Naim. 7 tahun yang lalu saya telah dipinang dan berkahwin pada 31 Ogos 2011 dengan imam saya Abdul Muhaimin, kekasih halal dunia akhirat, insyaallah... Alhamdulillah, kami telah dikurniakan sepasang cahaya mata, pengikat kasih sayang, harta yang tidak ternilai dalam hidup kami sebagai ibu bapa iaitu Hilman Dhamiri bin Abdul Muhaimin (6 tahun) dan Nur Aisyah Humaira bt Abdul Muhaimin (4 tahun). Saya memiliki Diploma Perguruan Pendidikan Islam (KUIS * 2009-2013) dan sekarang dengan izin Allah, Alhamdulillah lagi sekali saya diberi peluang dan kesempatan untuk terus mengorak langkah dan meneruskan perjuangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan pendidikan (semester pertama, fasa kedua). Di sini saya ingin memohon jasa baik para pengunjung blog saya supaya mendoakan agar saya diberi kekuatan untuk menghabiskan pengajian dengan jayanya menjelang tahun 2021 nanti, amiin... Beralih pada kerjaya, saya pernah berkhidmat sebagai guru kafa (JAIS) di SRA Jalan Kebun, Shah Alam selama 6 tahun. Manakala sekarang meneruskan perkhidmatan sebagai guru tetap (JAWI) di sekolah integrasi SIRAJ Abu Dzar AL-Ghifari bermula tahun 2014 sehingga kini. Moga diri ini terus istiqomah dan ikhlas dalam mendidik anak-anak didik serta dapat menabur budi dan berbakti kepada bangsa dan negara. Dan dengan adanya blog saya yang tidak seberapa ini diharapkan dapat membantu serta dapat dijadikan bahan rujukan dan perkongsian dalam dunia pendidikan oleh para pengunjung blog saya. Sekian, wassalam...