Mural hasil tangan & kerjasama warga pendidik SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari.
Wednesday, 28 February 2018
PELANCARAN PROGRAM NILAM SIRAJ ABU DZAR AL-GHIFARI TAHUN 2018
Program Nilam telah dilancarkan pada 9 Feb 2018 dan telah dirasmikan oleh Encik Syafie bin Ahmad selaku Guru Penolong Kanan 1 SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari.
Tuesday, 27 February 2018
AKTIVITI GOTONG-ROYONG, MENANAM POKOK BUNGA & MENGHIAS LAMAN SEKOLAH
Aktiviti ini melibatkan guru-guru dan murid-murid tahun satu & dua. Program ini telah berlangsung pada 23 Feb 2018 bersamaan pada hari Jumaat. Program ini juga adalah anjuran bersama Unit Keceriaan Sekolah dan Panitia Sains & Matematik.
sumbangan ibubapa untuk keceriaan sekolah
Thursday, 22 February 2018
Wednesday, 21 February 2018
Monday, 19 February 2018
Indahnya bersedekah
Jadikanlah bersedekah sebagai amalan hidup. |
Bersedekah adalah merupakan suatu amalan yang sangat dituntut oleh Islam serta sangat tinggi nilainya. Namun sedekah yang paling baik adalah dengan menyedekahkan harta yang paling kita sayangi ataupun yang setaraf dengannya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.”
(Surah Ali-Imraan ayat 92)
Selain itu saudara, bagi memastikan kita mendapat pahala sedekah yang sempurna, hendaklah kita bersedekah dengan memberikan barang-barang yang baik dan berkualiti, disukai dan disenangi oleh si penerimanya. Adalah tidak wajar sekiranya kita bersedekah dengan sesuatu barang yang kita sendiri tidak sanggup atau rela menerimanya. Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud:
Selain itu saudara, bagi memastikan kita mendapat pahala sedekah yang sempurna, hendaklah kita bersedekah dengan memberikan barang-barang yang baik dan berkualiti, disukai dan disenangi oleh si penerimanya. Adalah tidak wajar sekiranya kita bersedekah dengan sesuatu barang yang kita sendiri tidak sanggup atau rela menerimanya. Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji”.
(Surah Al-Baqarah ayat 267)
Oleh itu, berusahalah semampu mungkin untuk bersedekah dengan menyedekahkan harta yang paling kita sayangi serta baik kerana ianya dapat mengikis diri kita daripada sifat tamak dan cintakan dunia serta dapat mendidik hati kita agar terus sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNya. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi sebahagian amalan yang menjadi bekalan kita di akhirat nanti, InsyaAllah.
Rasululullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila seorang anak Adam mati, segala amalannya terputus, kecuali tiga perkara: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)